Saturday, 6 July 2019

Our Journey To Terengganu - 1st Day

Pada 30 Jun 2019, saya bersama - sama rakan saya iaitu Shaz, Emma dan Cici telah bergerak ke Terengganu bagi menghadiri kursus di Kemaman, Terengganu selama 4 hari. Kami telah bergerak dari Alor Setar ke Kemaman pada jam 8.00 pagi dan kami telah tiba di Kemaman pada waktu Maghrib. Perjalanan ini agak memenatkan memandangkan kami perlu melalui negeri Kelantan sebelum masuk ke negeri Terengganu. Tetapi perjalanan ini amat menghiburkan kerana kawan - kawan baik menemani saya sepanjang perjalanan.

Pada 1 Julai setelah selesai kursus pada jam 5.30 petang, kami berempat telah bercadang untuk pergi ke Pantai Mok Nik, Kemaman yang berada di hadapan dengan tempat kami berkursus. Sambil menghirup udara pantai yang menyapa sambil mengambil gambar di sepanjang pantai berkenaan ini amatlah menyenangkan dan dapat melepaskan tekanan kerja yang dihadapi oleh kami berempat sepanjang bekerja.

Disini juga kami telah mengenali beberapa rakan dari pelbagai negeri. Sungguh menyeronokkan.











No comments:

Post a Comment

Geoungbok Gung Palace

 Assalammualaikum WBT, Entri kali nie, za nak citer sikit pasal Geoungbok Gung Palace yang terletak di utara Korea Selatan. Istana in...