Assalammualaikum WBT dan hai semua,
Okay harini za nak cita sikit pasai makan di Kemaman. Actually masa di kemaman, kami datang untuk attend kursus so kami tak banyak masa sangat untuk jalan - jalan. Kursus akan amek masa dari pagi sampai petang dalam 5 lebih macam tu, so kami hanya sempat try makan a few things lah.
So gambaq kat bawah ni kami beli masa on the way dari Kemaman ke Pantai Penari. Kuih akok ni kami beli tepi jalan ja, ada sorang makcik ni menjuai dari rumah dia ja dan cara pembuatan ini masih mengekalkan lagi cara tradisi mereka. Di mana api sabut nyok diletakkan di atas acuan dia.masih ni memang nak amek video tapi budak opis call tanya bab keja so xley share dengan ampa cara makcik ni wat. Tapi kuih akok ni memang ceq rekemen sebab sedap baq hang. siyess tak tipu.
Okay lepas tu kami bertolak ke Pantai penarik yang berada di kawasan bernama Permaisuri, Kuala Terengganu. Kami singgah ke Ombak Pantai untuk makan seafood, dengaq kata tempat ni memang femes. kami sampai pun dah agak lewat time maghrib waktu tu. Keadaan kedai agak lengang mungkin sebab haritu ari Rabu dan bukan hari minggu so tak perlu kami nak tunggu berjam - jam untuk tunggu makanan. Ampa ley try pelbagai makanan tapi kami try makan sotong dan udang celup tepung dia. memang sedap sebab sotong dia nalaaa. hehehehee.
No comments:
Post a Comment