Saturday, 6 July 2019

Geoungbok Gung Palace


 Assalammualaikum WBT,

Entri kali nie, za nak citer sikit pasal Geoungbok Gung Palace yang terletak di utara Korea Selatan. Istana ini adalah merupakan salah satu tarikan pelancong di Korea Selatan di mana istana ini dibuka kepada orang ramai yang ingin mengetahui sejarah istana ini. rugi kalo datang ke istana ni ampa tak cuba pakaian tradisional masyarakat korea. Di sekitar istana ni terdapat pelbagai kedai yang menyewa pakaian untuk anda. Sejam dalam 1500 won xsilap za. ampa semua leh bergambar dalam istana. pemilihan baju boleh dibuat berdasarkan citarasa masing - masing. Ampa juga boleh pilih aksesori yang ampa berkenan. hehehe.






Autumn di Korea Selatan

Assalammualaikum WBT,

Hai semua. sihat ke arini?? Jom hari za nak citer pasal trip za ke Korea Selatan. Pada masa ini adalah penhujung musim Autumn dan merupakan peak season. Ramai  pelancong dari luar datang ke Korea Selatan. So pada pagi 26 Oktober 2018, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan kami akan ke EVERLAND THEME PARK. 

Wohoaaaa. Bestnya masa tu nak pegi Everland gaisss. Kalo ikot ramalan cuaca pada haritu menunjukkan akan raining je sepanjang hari. Tapi disebabkan oleh tiket ke Everland dah beli so kami kena go on juga untuk ke Everland even hujan. waaaaaaaaa. sadis dat time. ko bayangkan lah, nak main macam2 mainan tapi kena limit sebab hujan.

 Okay ni bus yang kami naik untuk ke Everland. Amik masa dalam 2 jam tak salah za dari Meoyondong. Taraaaaa. dah sampai Everland.Sejuk tim ni hanya Allah ja tahu. 

Ni beberapa view dalam Everland. Takley naik banyak permainan sebab depa katup hujan lebat. So hanya beberapa game yang kami naik jugak walaupun hujan gaiss.. bestttt.Ampa ley tengok kebanyakan poko disini daun di berwarna merah, kuning dan oren So syantek. memang in ove gila dengan musim autumn ni.







-anyeong haseyo- My 1st trip to Republic Korea

Assalammualaikum WBT,


Hai semua. Harini za nak share my 1st trip ke Korea Selatan. Trip ni za dh 2 tahun postpone disebabkan oleh keadaan arwah ayah pada masa tu yang memang memerlukan perhatian za. keluar masuk Hospital Seberang Jaya dalam tempoh tu. Masa ni amek pakej dengan trip Adek beradik, dieorang memang memahami tapi bila masa masuk tahun ketiga iaitu tahun 2018. Arwah abah selalu admit wad sebab keadaan kaki dia masa tu yang teruk akibat diabetis. Doktor perlu wat pemotongan kaki kanan abah sehingga paras atas lutut. 4 bulan juga abah ditempatkan dalam wad. Masa awal tahun memang amek cuti direct 2 minggu untuk jaga arwah abah. Smpai awal bulan Oktober 2018, cuti rehat abis terus sebab jaga abah. 18 oktober 2018, tarikh arwah abah pergi menghadap Ilahi. Masa tu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Date untuk pergi ke Korea Selatan pada masa tu 25 Oktober 2018. Mummy bagi hint, takpalah eja. Arwah abah dah takdak, eja p lah berjalan ke Korea untuk tenangkan fikiran,mummy tahu anak dia ni sgt2x rapat dengan arwah abah. pergi ke Korea juga tapi dalam hati tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Alhamdulillah selepas berada dalam flight almost 7 jam, rasa macam tdo berapa ratuih kali bangun still xsampai. bosannya hnya Allah swt sahaja yang tahu. fuh. sangat meletihkan. Tapi bila 1 st time sampai, semua kena wat sendiri. Sebab za merupakan peserta yang smpai lewat so no tour guide untuk 1st day. but i made it. sebab mulut kan ramah suka menyembang dengan orang so kenal fews orang Malaysia di airport KLIA dengan orang sebelah seat dalam flight. Chinese girl dia lah offer tunjuk tempat dan sebagainya. Then jumpa Orang malay yang jumpa kat KLIA Airort. Dia sehala dengan tempat yang kita nak pergi So dia jadi tour guide untuk tempoh masa sejam. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua urusan.




Pengangkutan di Korea Selatan semuanya mengunakan T-Money. So uolls boleh dapatkan T-Money di kedai serbaneka mcm 7 eleven di Incheon Airport. So vending machine ni untuk uolls topap duit dalam tu ye. setiap stesen train di sini ada ticket vending ni. dont worry.




 Okay ni pintu nak naik train ke destinasi yang korang nak tujui. For me at that time nak pegi Itaewon so kena transit beberapa tempat sebelum smpai ke Itaewon. Waktu peak hour memang penuh lah train ni. Tapi ley cuci mata tengok loca people. Even dah tua tapi still gojesss cuolls. ii rasa diri macam tua, tapi ahjumma bila tengok muka ceq dia akan kata Yi Putta. hahahhahahah. betoi ke idok ejaan tu. Oklah setakat nie entri arinni. nanti kita sambung tempat menarik di Korea ya. See u next time gais.

Musim Tecoma aka Musim sakura di Kedah

Assalammualaikum WBT,

Sapa kata kalau nak rasa musim bunga sakura hanya terdapt di negara  seperti Jepun dan di Korea Selatan sahaja. Padahal dekat Kedah pun ampa ley rasa musim sakura tu. Sebab kat Kedah ni terdapat pokok tecoma yang mengeluarkan bunga pada musim panas dan bunga dia kebanyakan berwarna puti dan merah jambu.




Sepanjang jalan ampa akan dihiasi dengan pokok tecoma dan anda akan berasa berada di luar negara. sangat - sangat cantik dan sejuk mata memndang. Mai za share gambar yang diambil pada musim tecoma berkembang.


Foods In Kelantan

Assalammualaikum WBT,

Okay harini za nak cita pasal foods kat Kelantan yang kami dah try. Masa balik dari Terengganu kami stay satu malam dengan umah our boss yang tengah cuti bersalin di Paser Puteh, Kelantan. Masa ni kami dah try 3 jenis makanan yang dihidang oleh Puan Fatiha. Tapi tak sempat nak amek gambar q lah gais. mungkin penat dan fon masing - masing sema duk cas kan. Makanan yang kami try adalah rojak Kelantan tapi orang utgha pabggil pasembor tapi agak lain sedikit sebab dia ada letak ayam golek. so new things lah untuk eden. hehehee. selain tu try nasi Dingin, sedap gak. nasi ni berlauk ikan dan kuah macam masak lemak. Sangat Sedap dan pagi tu kami dihidangkan dengan nasi kerabu Ore kelate. Sedap sungguh dan berbeza dengan nasi kerabu yang dijual di kawasan utara.


Sebelum kami balik, kami singgah di Warung Pak Mat. Warung ni agak femes di kalangan orang tempatan di mana menyediakan pelbagai lauk pauk seperti makanan laut. Kalau singgah jangan lupa try makan sup ikan dia agak lain rasanya dari sup yang kita buat dan guna lauk yang sangat segar. lagi satu minuman dia musti try iaitu teh beng Madu Pak Mat. Sangat sedap tapi masa kami sampai nak try yang float tapi aiskrim dia belum siap.



Foods In Terengganu - You Should Try





Assalammualaikum WBT dan hai semua,

Okay harini za nak cita sikit pasai makan di Kemaman. Actually masa di kemaman, kami datang untuk attend kursus so kami tak banyak masa sangat untuk jalan - jalan. Kursus akan amek masa dari pagi sampai petang dalam 5 lebih macam tu, so kami hanya sempat try makan a few things lah.

So gambaq kat bawah ni kami beli masa on the way dari Kemaman ke Pantai Penari. Kuih akok ni kami beli tepi jalan ja, ada sorang makcik ni menjuai dari rumah dia ja dan cara pembuatan ini masih mengekalkan lagi cara tradisi mereka. Di mana api sabut nyok diletakkan di atas acuan dia.masih ni memang nak amek video tapi budak opis call tanya bab keja so xley share dengan ampa cara makcik ni wat. Tapi kuih akok ni memang ceq rekemen sebab sedap baq hang. siyess tak tipu.




Okay lepas tu kami bertolak ke Pantai penarik yang berada di kawasan bernama Permaisuri, Kuala Terengganu. Kami singgah ke Ombak Pantai untuk makan seafood, dengaq kata tempat ni memang femes. kami sampai pun dah agak lewat time maghrib waktu tu. Keadaan kedai agak lengang mungkin sebab haritu ari Rabu dan bukan hari minggu so tak perlu kami nak tunggu berjam - jam untuk tunggu makanan. Ampa ley try pelbagai makanan tapi kami try makan sotong dan udang celup tepung dia. memang sedap sebab sotong dia nalaaa. hehehehee.


Our Journey To Terengganu - 1st Day

Pada 30 Jun 2019, saya bersama - sama rakan saya iaitu Shaz, Emma dan Cici telah bergerak ke Terengganu bagi menghadiri kursus di Kemaman, Terengganu selama 4 hari. Kami telah bergerak dari Alor Setar ke Kemaman pada jam 8.00 pagi dan kami telah tiba di Kemaman pada waktu Maghrib. Perjalanan ini agak memenatkan memandangkan kami perlu melalui negeri Kelantan sebelum masuk ke negeri Terengganu. Tetapi perjalanan ini amat menghiburkan kerana kawan - kawan baik menemani saya sepanjang perjalanan.

Pada 1 Julai setelah selesai kursus pada jam 5.30 petang, kami berempat telah bercadang untuk pergi ke Pantai Mok Nik, Kemaman yang berada di hadapan dengan tempat kami berkursus. Sambil menghirup udara pantai yang menyapa sambil mengambil gambar di sepanjang pantai berkenaan ini amatlah menyenangkan dan dapat melepaskan tekanan kerja yang dihadapi oleh kami berempat sepanjang bekerja.

Disini juga kami telah mengenali beberapa rakan dari pelbagai negeri. Sungguh menyeronokkan.











Video Tik Tok

Video ini dirakamkan di Pantai Cherating, Pahang bersama rakan - rakan saya yang gemar untuk mengambil video tik tok.

Cover Magazine Blogger


The Blogger

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.



Geoungbok Gung Palace

 Assalammualaikum WBT, Entri kali nie, za nak citer sikit pasal Geoungbok Gung Palace yang terletak di utara Korea Selatan. Istana in...